Saturday, August 15, 2015

Sumber Inspirasiku


Fatimah Busu merupakan seorang penulis cerpen dan novel yang berbakat dan berjiwa besar. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah beliau masih mahu menulis dan terus menulis. Ayat yang keluar dari mulut beliau yang sangat saya kagumi tatkala Cikgu Shanon Ahmad menyuruh beliau berhenti menulis ialah "kalau berhenti menulis, saya akan mati." Dari ayat tersebut jelas bahawa beliau sangat cintakan dunia penulisan dan pengarangan sepenuh hati beliau. Semoga Dr Fatimah terus berjaya masa kini, esok dan selamanya !

Friday, August 7, 2015

Kota Warisan


Kuala Lumpur yang dipanggil ibu kota sangat tesergam indah
Ia juga merupakan kota warisan yang terkenal di seantero dunia
lambang kemegahan bangsa yang berdaulat
Kuala Lumpur biarpun engkau merupakan kota yang hingit bingit dari hiruk pikuk manusia tapi engkau tetap tempat yang kami hirup udara segar, petik bunga mekar, kejar mentari bersinar dan nyanyi lagu syahdu

Thursday, July 30, 2015

Senandung Langkawi

Dari dulu sampai sekarang
Dari masa penjajahan sampai masa perdamaian
Engkau setia membawa kami
Menuju tempat tujuan hati
Terima kasih Senandung Langkawi

Tuesday, July 28, 2015

Sebiru Hari Ini


Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang-benderang
Sebiru hari kita bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permaidani taman syurga
Seindah hari kita walau kita kan terpisah

Sunday, July 26, 2015

Sebuah Amanah


Amanah merupakan salah satu syarat berimannyaseseorang. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).
In shaa Allah akan menggalas sebuah amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin sebagai Penolong Ketua Kompeni bagi Kor Sispa UKM

Friday, July 24, 2015

Kerinduan



Kadangkala SEPI itu bisa menjadi pengajar yang SETIA agar bisa kenal mana asal usul MANUSIA dan saat sepi itu juga mengajari akan erti KERINDUAN yang sebenar. 

Thursday, July 23, 2015


Mimpi?
"Adakah mimpi akan menjadi kenyataan? Ah! mimpi hanya mainan tidur" saya bermonolog sendirian di dalam hati. Baru-baru ini ada rakan mengadu bahawa dia telah bermimpi di patuk ular. Kalau di ceritakan pada orang-orang tua sudah pasti dengan keprcayaan mereka iaitu ada orang mahu masuk meminang atau pun ada orang yang ingin berbuat jahat kepada kita. Tetapi menurut Islam mimpi tidak semestinya tepat dan betul, tidak jugak boleh dipercayai 100% melainkan jika disebut Al-Quran atau Hadis secara jelas. Allahualam.